Friday 25 March 2011

Pc MouSe PaD YaNg MeNgEkspLoiTaSi KaN WaNiTa

ish ish ish..apa la nak jadi dengan dunia sekarang nie..aku ingat makin maju makin bertamadun manusia kat dunia nie..rupanya makin teruk..hari ni aku nak share skit ngan korang semua..it's about computer mouse pad..mouse pad yang L*U*C*A*H..dan mengekploitasi kan wanita..teruk betul la..dah xde benda lain ke nak reka..buat la bentuk gajah ke...singa ke..apple ke...kan lagi cantik..nie x..guna bahagian2 sulit perempuan..aishhh..x suka x suka dan x suka...









Tuesday 15 March 2011

TsuNaMi Di JePuN

Assalamualaikum Semua..
apa khabar???..aku harap korang semua dalam keadaan sihat dan ceria..dah lama aku tak update blog aku nie..walaupun kita sedang bergembira..tapi kita jangan lupa pada golongan manusia yang sedang menderita..so hari ni aku nak berkongsi cerita mengenai berita terbaru dan terkini..iaitu Tsunami di Jepun..Sian kan kat diorang..tsunami kat sana lagi teruk dari tsunami yang jadi kat Malaysia 26 Disember 2004..Pada 11 Mac 2011 bersamaan pukul 2.46 petang waktu Malaysia, negara matahari terbit ini telah dilanda dengan tragedi tsunami yang paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan pada 8.9 skala Richter. Kejadian ini berlaku di timur laut Tokyo.so..aku nak kongsi gambar-gambar sekitar tsunami di sana dengan korang semua..renung-runungkan lah...


dahsyat kan???..Semoga Allah Melindungi Malaysia dari terkena dari bencana alam seperti ini..Amin..

Tuesday 8 March 2011

Buah NaM-NaM

Assalamualaikum semua...

Ok..kali ni aku nak bawa korang balik pada zaman dulu-dulu balik..tadi masa aku duk search cari maklumat..tiba-tiba je aku ternampak sejenis buah yang aku kenal..aku pernah makan satu ketika dulu..tp sekarang buah tue dah susah nak dapat..mana ada jual kat pasar malam pun..buah nam-nam..kalau kat kampung aku dulu orang panggil buah nam-nam..buah ni kalau makan saja tak brapa best..sebab dia masam + kelat-kelat sikit..aku dulu makan dengan kuah rojak a.k.a garam belacan (org kmpg aku panggil)..tp ntah la..aku pun dah lupa rasa sebenarnya dia mcm mana..yang aku ingat yang tue la..hehehe~ jangan marah ek..aku percaya ramai yang tak pernah rasa buah ni..dan aku percaya ada juga orang yang tak pernah tengok pun buah nam-nam ni..so..aku akan konsikan bersama korang...

BuaH NaGa a.k.a. DraGoN FruiTs

Assalamualaikum semua..
Hari ni aku nak kongsi sikit maklumat dengan korang semua..korang suka makan buah naga??..dragon fruit??..actually sama je dua-dua nie..hehe..i love this fruit so much..sedap..kepada yang tak pernah rasa tue..aku rekemenkan buah ni untuk korang rasa..aku dulu pun tak pandai makan buah nie..tapi sejak aku tengok mak aku makan macam sedap je..aku pun cuba la..not bad..dan lepas tue aku dah start suka..buah naga nie..kadang-kadang ada yang manis..ade yg masam skit dan ade yang xde rasa..pelik kan??..tapi itu la hakikatnya..hehe~
Ok..sekarang ni aku nak kongsikan khasiat dia pulak..ramai jugak yang tak tahu khasiat dia kan??..

Buah naga ni ade 2 jenis..satu isi warna putih dan satu lagi warna merah..tp mengikut pakar kesihatan, yang warna merah tu lagi banyak khasiat dia..Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia. Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.


Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan, katanya.Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

 jus buah naga

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga. 

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia.Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan dan pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor. 

 ladang pokok buah naga

Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan.

So??..macam mana sekarang??..menarik??..kalau makanan berkhasiat macam ni..tak rugi kita amalkan..jadi..selamat mencuba...

DuLu DaN KiNi

HeHe..PaNdaNg LaH LiHaT LaH..
DiRiKu YaNg SuDaH SeMaKiN DeWaSa DaN BeSaR..
Ada PeRsaMaAn TaK GaMbaR DuLu DeNgAn GaMbaR SeKaRaNg??..

Zaman Kanak-kanak..c0meL x??..


gambar ni masa saya umur 8 bulan & 23 tahun..sama x??


gambar ni pulak masa umur 4 tahun kot..dan 23 tahun..sama x??

Sunday 6 March 2011

AnGguN Ke??

Alhamdulillah..hujung minggu yang penuh dengan ilmu dan informasi terbaru..disebabkan aku rasa aku nie x berapa nak anggun sangat kan..so..aku ambik keputusan untuk menyertai Seminar Wanita Anggun yang diadakan pada 5 & 6 Mac 2011 (on my birthday nie..huhu) bertempat di CTF 1, Unimas..banyak jugak la ilmu baru yang aku dapat..sangat bermanfaat pada aku dan wanita-wanita yang join seminar tue..

Selain join seminar tue..waktu rehat hampir 3 jam dari pukul 11-2ptg tue aku dan kawan2 a.k.a housemate aku manfaatnye dengan baik..hehe..apa lagi kalau bukan sesi berposing-posing ala-ala model gitu...well..wanita anggun la katakan...hehe~ yang x blah..sempat lagi kami p karaoke..menyanyi dlm kotak tue je..lain lagu pilih..lain yang keluar..hahaha~ lucu weh..bajet2 housemate aku nak pilih lagu..pelamin anganku musnah..sekali kuar lagu Aris Ariwatan..Rindu Bayangan..daa..lg sorang  nak nyanyi lagu ramlah ram..ku kunci cintaku..tau lagu ape kuar???..lagu awie..di ambang wati..hahaha~ dari nak nyanyi lagu jiwang..terus nyanyi lagu rock..lawak2..nak pecah perut aku gelak..so..aku nak kongsi la gambar2 yang aku ambil sepanjang 2 hari tue dengan semua..and have a nice day...







Saturday 5 March 2011

HePi BirThDaY To Me..HeHe ♥♥♥

Hepi birthday to me..
hepi birthday to me..
hepi birthday to Siti Hajar...
hepi birthday to me...
 hehehe~

Syukur Alhamdulillah..saat ini aku masih bernafas..genap sudah umur ku 24 tahun..cepat sungguh masa berlalu kan..aku kini sudah semakin dewasa..aku hepi sangat..kepada kawan2 ku yang wish kat facebook..yg banyak giler kentang..hehe~ terima kasih banyak2 for the wish..Semoga Tuhan MengAminkan doa2 kalian itu..kepada yang tersayang ♥♥♥...thank u sayang for the wish dan sayang lah orang pertama yang wish kat bu..hehe~ x lupa jugak kepada abah..mama dan adik2 aku..terima kasih..abah aku..sebelum subuh dia dah sent sms..dan sms abah bt aku terkejut sekejab.."hepi birthday kakak..bla..bla..bla.. dan abah doakan akak cpt dpt jodoh"...pehh..sungguh aku terkejut dan terharu..xpenah2 abah aku msg mcm tue sebelum nie..adakah ini tanda2 abah dah bg green light utk aku kawin??..hehe~ anyway..thank u abah n mama..i love u so much..i love u all semua..muah..muahh..muaahh..♥♥♥

Thursday 3 March 2011

WeDdiNg CuPcaKeS

Adoii la..berat mata tengok..berat jugak mulut nak makan...hehe..korang cuba la tengok wedding cupcakes yang i upload nie...santek-santek sungguh...ciut miut..x sanggup nak makan la uolls..kalau uolls..sanggup ke??..i rasa mcm nak simpan je..wat muzium cupcakes...hehe~










Wednesday 2 March 2011

KeNaLi KeLuaRgA Ku

Assalamualaikum semua..

hari ni aku nak kongsikan harta yang paling aku sayang kat dunia nie..siapa lagi kalau bukan keluargaku..aku bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang sangat bahagia..sangat meriah..dan aku rasa sangat sempurna..aku anak sulung daripada 5 beradik..aku ade 2 adik perempuan dan 2 adik lelaki..




aku jgk ade keluarga yang besar..sepupu aku je dah lebih daripada 50 orang..hah!!..banyak kan..tu blum kira yang dah kawin..tambah ngan isteri dan suami mereka..hehe~ kitaorang kalau nak g jalan jauh-jauh..mesti sewa bus punye..betul..x tipu..tp x semua la yg dapat ikut..aku selalu je kena tinggal..sedihh..huhu~ tp xpe..aku x kisah..kalau buat open house pulak...dah macam kenduri kawin..semua datang..tu baru sepupu sepapat..blum lg orang-orang kampung..hehe~ alhamdulillah..mudah-mudahan..kasih sayang ini tak kan pernah padam dalam diri kami semua..