Monday 4 November 2013

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah S.W.T atas segala rahmat dan kasih sayangNya...
Setelah sekian lama aku meninggalkan blog kesayangan ini...Allah masih memberikan aku peluang untuk menulis, terus hidup dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini...bertahun lamanya blog ini tidak di 'update'..dengan alasan tidak sempat..dan yang penting..email dan password nye aku lupa... Masyaallah...So, mulai hari ini..aku akan sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa untuk kita berkongsi ilmu dengan kalian semua...harp ianya sangat bermanfaat dan Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua..Aamiin..

Thursday 26 January 2012

JoM DerMa DaRaH

Assalamualaikum...
Apa Khabar Semua? Sehat? Tidur cukup? Kalau semua okay..Alhamdulillah..Kali ini i nak kongsi ngan uoolls semua pasai kempen derma darah..i nie nak kata berharta untuk didermakan kepada golongan yang memerlukan tue..xde la..skit-skit ada la..tapi uoolls i ada darah yang banyak untuk didermakan kepada mereka-mereka yang memerlukannya..hehe~ darah i jenis O+ [O positif]..darah i semua orang boleh guna...baikkan i??...hehehe~ Alhamdulillah..selagi darah ni boleh membantu orang yang memerlukan..i akan dermakan..uoolls darah jenis apa???..hah??..x tahu..aip aip..cepat-cepat pegi check..tengok uolls darah jenis apa..so..kepada yang belum menderma darah..jom la ramai-ramai kita p derma darah..tolong orang yang memerlukan..x sakit pun..serius..x tipu..so..ada sedikit gambar untuk tetapan uoolls semua...Selamat Menderma Darah..





Friday 6 January 2012

OmBaK RiNdu

Assalamualaikum semua...

Ombak Rindu???..apa yang anda tahu mengenainya???..opss..opss..bukan ombak tsunami yerk..ini tajuk novel yang satu ketika dulu..zaman aku sekolah dulu..sangat popular..2 3 kali aku baca novel ni..hehe..sekarang ni dah x rajin nak baca novel..al maklum la orang keje siang malam..hehe~ 1 Disember 2011 yang lalu..satu filem adaptasi daripada novel ini telah ditayangkan diseluruh pawagan malaysia..dan kutipan filem ini sangat mengejutkan..selalunye crita romantik-romantik kat malaysia nie jarang nak capai tahap nie..tahniah diucapkan kepada team yang menghasilkan filem ini..


Aku juga tidak ketinggalan untuk menonoton filem ini bersama-sama Mr.Frendyto..jalan crita dalam filem ini hanya 60 % sama dengan yang dalam novel..yang lain ditambah dan dikurangkan..mungkin disebabkan faktor masa dan kos...yang aku puji sangat adalah dari segi sinematografi dia..view-view yang digunakan sangat-sangat cantik..kamera dan pergerakan filem ini nampak hidup..dan aku puji juga lakonan maya karin dan aaron aziz (pujaan hati ku..hehe)...




Muka maya karin sangat nampak macam wanita yang tabah..susah nak cari pelakon yang mampu buat macam tue...aku rasa maya karin sesuai bawak watak izzah..cuma dia punya dialek je ada skit x sesuai..huhu...anyway..tahniah team filem ombak rindu dan penulis asal novel ini kerana berjaya buat My Mr.Frendyto i mengalirkan air mata..tersentuh dengan jalan critanya..siap start baca novel plak sekarang nie..aiishhh...








One More Step

Alhamdulillah..satu langkah telah ku sampai..tinggal selangkah je lagi untuk aku bergelar seorang isteri..untuk pengetahuan semua, pada 1 Safar 1433 bersamaan hari Isnin 26 Disember 2011 aku telah menjadi tunangan kepada seorang lelaki yang bernama Muhammad Affendi To Bin Abdullah a.k.a My Mr.FrendyTo..hehe.. Syukur Alhamdulillah..hubungan kami ini mendapat restu kedua belah keluarga walaupun kami berlainan bangsa..kami sangat bahagia dan gembira apabila semua orang disekililing kami merestuinya terutama kedua orang tua kami..dan kata sepakat diambil dengan mengikat tali pertunangan terlebih dahulu...

Syukur Syukur dan syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberikan aku seorang lelaki yang selama ini aku cari setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang diberikanNya kepada ku..aku percaya..setiap dugaan dan ujian yang ku lalui ada hikmahnya dan juga untuk mengajarku erti kesabaran..kejujuran..kesetiaan..kesyukuran..dan memberikan aku kekuatan untuk terus hidup dan Tuhan hadiahkan aku dengan dia..syukur Alhamdulillah..semoga ikatan pertunangan ini akan sampai kepada ikatan pernikahan dan jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga...Amin..Amin..Amin..

Ramai kawan-kawan i tanya..apa rasa jadi tunang orang??..hurmm..i pun x tau macam mana nak jawab macam mana..sebabnya..i x rasa apa-apa pun yang berbeza..i rasa sama je mcm selalu..cuma i happy la..sebab ade juga lelaki yang sudi jadikan i bakal isterinye..hehehe..bila dah jadi tunang orang nie..banyak juga benda yang i kena tukar..kena ubah..bukan ubah penampilan je tapi ubah tingkah laku..i x boleh hipokrit untuk berlakon jadi orang lain yang lebih sempurna..but i try to be better..i still jadi diri sendiri sebab Mr.Frendyto suka i macam mana i sekarang..cuma kelakuan kita kena jaga sekarang..setiap gerak geri i dah ada orang ambik tahu..i kena jaga nama baik keluarga dan jugak dia..kena lebih matang..gaya pemakaian pun x leh dah nak over-over macam dulu..biarlah yang sesuai dengan diri dan menutup aurat..sebab x lama lagi dah nak jadi isteri orang..hehe..macam x percaya plak i dah nak kawin..tapi uoollss..date nikah blum ditetapkan lagi..nanti i bagitau uolls k...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat sapa My Mr.FrendyTo yang selalu dicerita-ceritakan dalam blog nie kan??..hehe..untuk tidak menghampakan anda semua..sedikit gambar dimuat turunkan di sini sebagai tatapan anda semua...doakan semoga jodoh i dengan Mr.FrendyTo berkekalan yerk...hehe~

~..::kedua-dua orang tua kami yang disayangi::..~



~..::inilah Mr.FrendyTo saya..hensem x??..hehe::..~

SeLaMaT TaHuN BaRu

Assalamualaikum semua...


Apa khabar??..Semua Sehat???..Maaf la lama x update..bukan sengaja tapi sibuk dengan keje (macam la keje gaji ribu riban kan??..hehe) dan yang paling utama adalah sebab lupa password dan email blog nie..so??..how i nak update blog??..kan kan..yang menjadikannya lambat adalah handphone kesayangan i yang warna hijau ni (Sony Erricson K660i je) bateri dia rosak..so password dan email ada dalam note hp..tadi i dah p beli bateri baru..so..sekarang dah bleh update blog balik..hehe..suka suka...Well..masih tidak terlambatkan untuk i ucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada anda semua..Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak rezeki..kesenangan..ketenangan..kesihatan yang baik..jodoh..dan yang paling penting...kab ba ro kab alif ta nun...hah??..apa dia murid-murid???..KEBERKATAN..Amin..Amin..Amin...

Sunday 9 October 2011

KoLekSi KeRoNgSaNg Ku

Assalamualaikum...

Apa Khabar semua???...Sorry la lama x update blog...bukan ape..i busy u...keje..hehe...keje ape???..keje biasa-biasa jerrr...anyway..bukan nak crita pasai keje..tp sekarang nak crita pasai kerongsang...dulu..aku x brapa suka sangat kerongsang yang pelik-pelik..corak-corak..rambu ramba semua..tapi sekarang..aku rasa banyak plak kerongsang aku..al-maklum lah..tempat keje i dekat je ngan kedai kerongsang...so..i share skit ye..kerongsang i yang i bajet-bajet cute...wahhh...kelas gitu...hehe...ade skit je yang i sempat tangkap gambar..nanti i upload lagi k..daaaa....~





Thursday 21 July 2011

Homoseksual (Gay & Lesbian) Bab 2

BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Homofobia ialah perasaan takut dan benci terhadap golongan yang mengamalkan cara hidup songsang iaitu hidup berpasangan sesama jantina yang juga dikenali sebagai golongan homoseksual seperti gay dan lesbian. Perkataan homofobia secara asalnya ditakrifkan oleh Weinberg pada tahun 1972 (Lingiardi, Falanga & Augelli, 2005), iaitu perasaan ketakutan yang amat sangat secara fizikal terhadap golongan lesbian dan gay serta perasaan kurang selesa dan takut golongan heteroseksual akan beranggapan bahawa mereka adalah individu gay atau lesbian apabila mereka bergaul dengan golongan homoseksual. Manakala menurut Pharr (1997) pula, homofobia adalah perasaan pelik dan tidak masuk akal mengenai ketakutan dan kebencian yang melampau terhadap individu atau golongan yang bercinta dan mempunyai tarikan seksual yang sama jantina dengannya.

Homofobia boleh merujuk kepada banyak cara bagaimana seseorang individu itu diperlakukan secara tidak adil dan kejam oleh individu atau golongan yang mempunyai perasaan homofobia ini. Adakalanya homofobia ini dilakukan dengan sengaja dimana secara terang-terangan untuk menyakiti golongan lesbian, gay, dan transgender. Homofobia juga dikatakan boleh berlaku dengan secara tidak sengaja dimana individu itu tidak langsung mempunyai keinginanan atau niat untuk menyakiti golongan tersebut tetapi ada juga individu yang tidak sedar dengan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka itu.

Homofobia boleh dibahagikan kepada empat jenis (Blumenfeld, 1992). Pertama, homofobia peribadi. Homofobia ini dikatakan bersifat prejudis. Golongan ini sangat percaya kepada kepercayaan peribadi mereka dimana golongan lesbian, gay dan trandgender ini adalah satu perbuatan yang salah dan berdosa, tidak bermoral, sakit, individu yang tidak berkualiti atau individu yang tidak sempurna sama ada lelaki mahupun wanita. Golongan ini juga percaya bahawa prejudis terhadap individu tersebut perlu bagi tujuan mengajar dan masyarakat perlu diajar supaya bersikap prejudis terhadap individu yang songsang ini.
           
Kedua, homofobia antara manusia. Homofobia ini dianggap sebagai ketakutan, perasaan tidak suka dan benci terhadap individu yang terlibat dengan cara hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender. Perasaan tidak suka dan kebencian ini berkemungkinan besar akan mendorong kepada panggilan-panggilan nama yang tidak baik secara verbal ataupun gangguan fizikal dan golongan ini juga berkemungkinan besar akan melakukan diskriminasi terhadap mereka yang terlibat dengan cara hidup yang dikatakan tidak normal ini.

Ketiga, homofobia institusi. Homofobia ini merujuk kepada banyak cara dimana kerajaan, perniagaan, keagamaan, ketenteraan, sukan dan lain-lain institusi (Isensee, 1991) yang bersifat diskriminasi terhadap individu dan golongan yang mengamalkan cara hidup songsang bagi mendapatkan hak mereka sebagai seorang homoseksual. Organisasi dan institusi ini telah membuat dan menetapkan polisi, membahagi-bahagikan sumber dan mempertahankan kestabilan kedudukan yang tidak adil terhadap sikap dan tingkah laku ahli-ahli mereka yang dikatakan menyimpang dari kehidupan normal manusia sekaligus cara ini jelas menunjukkan bersifat diskriminasi.

Homofobia keempat adalah homofobia budaya. Homofobia ini lebih bersikap stereotaip terutamanya dalam media arus perdana (Blumenfeld, 1992). Homofobia ini merujuk kepada ketetapan sosial yang normal dimana kehidupan secara heterokseksual adalah lebih baik dan lebih sempurna berbanding homoseksual dan semua manusia harus berbuat sedemikian. Walaupun ketetapan ini tidak tertulis di dalam mana-mana undang-undang, mereka melihat dan menyebutnya setiap hari seperti yang terdapat di dalam televisyen dan cetakan iklan di mana hampir kesemuanya melibatkan perhubungan seksual di antara wanita dan lelaki yang dianggap normal. Mereka juga membuat andaian bahawa kanak-kanak juga akan lebih tertarik kepada pasangan berkahwin yang berlainan jantina berbanding pasangan berkahwin dengan pasangan yang sama jantina.

Menurut Pharr (1997) di dalam bukunya yang bertajuk “Homophobia: A Weapon of Sexism” berkata di dalam kehidupannya, beliau mempunyai pengalaman yang buruk terhadap kesan sikap homofobia yang mana dia disisihkan oleh kawan-kawan, dilayan dengan teruk oleh majikan dan banyak lagi. Manakala kawan-kawannya pula yang merupakan golongan lesbian dan gay juga turut menjadi mangsa kepada individu dan golongan yang mempunyai perasaan homofobia ini seperti dibuang oleh keluarga, dipukul, dirogol dan mati akibat tekanan yang dihadapi ini. Kuasa homofobia ini sudah boleh dianggap cukup bagus apabila 10% hingga 20% daripada golongan homoseksual ini hidup dalam ketakutan (menyembunyikan identiti seksual) atau hidup dalam bahaya (mendedahkan identiti seksual) atau kedua-duanya sekali.

2.2 Kajian Lepas
Berpandukan kepada hasil kajian yang dibuat oleh Grabb dan Curtis (2005) dalam Andersen dan Fetner (2008) terhadap penerimaan golongan homoseksual di dua buah negara yang berbeza iaitu Negara Kanada dan Amerika Syarikat, mereka mendapati bahawa kebanyakan orang bersetuju Negara Kanada lebih bersikap liberal dan terbuka terhadap golongan homoseksual berbanding Negara Amerika Syarikat termasuklah di dalam bidang politik dan undang-undang. Di Kanada, golongan homoseksual ini diberi jaminan bahawa mereka akan dilayan sama rata dan mereka layak menerima semua hak-hak mereka sebagai rakyat termasuklah hak untuk berkahwin sesama jantina dan perkahwinan mereka itu adalah sah dari segi undang-undang.

Jika Negara Kanada menerima baik kewujudan golongan homoseksual ini, berlainan pula dengan Negara Poland. Menurut Graff (2006), Negara Poland terutamanya golongan pemerintah yang terlibat secara aktif dalam bidang politik dan individu yang  menganut agama Christian Roman Katolik menolak habis-habisan kewujudan golongan ini. Presiden terbaru Poland iaitu Lech Kaczynski yang menang dalam pilihan raya pada tahun 2004 dan 2005 telah mengharamkan satu perarakan yang diadakan oleh golongan homoseksual ini untuk memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya mereka terima terutamanya golongan gay yang dikenali sebagai “Equality Marches”. Keputusan yang dibuat ini dikatakan bukan bersifat peribadi atau sebaliknya, tetapi beliau mengharamkannya kerana perarakan ini dikatakan adalah bertujuan memaksa beliau untuk mengundurkan diri daripada menjadi Presiden.

Begitu juga dengan orang kanan dalam dunia politik Negara Poland iaitu Kazimierz Marcinkiewicz yang juga merupakan Perdana Menteri Poland pada Oktober 2005 sehingga Julai 2006. Beliau pernah mengeluarkan satu kenyataan mengenai golongan homoseksual ini. Beliau menyatakan bahawa perbuatan homoseksual ini adalah satu perbuatan yang sama sekali bertentangan dengan hukum alam dan jangan sesekali membenarkan golongan homoseksual ini bekerja terutamanya di sekolah-sekolah di Poland. Kenyataan ini jelas menunjukkan sikap pemerintah Poland yang terlalu homofobia dan juga bersifat diskriminasi.

Manakala hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Lingiardi, Falanga & Augelli (2005) kepada dua kumpulan yang berbeza iaitu pelajar universiti dan anggota tentera di Itali telah mendapati bahawa golongan yang mengenali dan tahu mengenai individu yang mengamalkan cara hidup gay dan lesbian mempunyai tahap homofobia yang lebih rendah. Di antara kedua-dua kumpulan ini, peserta yang bersifat konservatif menunjukkan sikap yang lebih negatif terhadap golongan homoseksual manakala peserta yang cetek ilmu dan mengamalkan pendekatan hidup yang formal kepada agama lebih bersikap homofobia berbanding peserta yang menyatakan diri mereka lebih banyak terlibat dengan aktiviti dan pendedahan agama yang meluas. Selain itu, mereka juga mendapati bahawa ada segelintir anggota tentera yang hidup secara formal atau yang cetak pengetahuan agama, mempunyai bilangan yang lebih tinggi dan boleh menerima kehadiran golongan ini berbanding anggota tentera yang terlibat dan terdedah dengan didikan agama.

Di samping itu, mereka juga mendapati bahawa faktor yakin – rasa bersalah merupakan faktor yang mempunyai korelasi positif terhadap homofobia. Lebih banyak individu yang mempunyai perasaaan homofobia maka lebih merbahaya kepada golongan homoseksual kerana golongan ini dianggap sebagai golongan yang bermasalah dan tidak selamat. Peserta dengan skor yang lebih tinggi menyatakan mereka ini kuat terhadap tugas, tidak mempunyai harapan diri yang tepat dan takut terhadap penerimaan masyarakat. Kepada inidividu ini, sikap homofobia ini akan memberikan gambaran terhadap keperluan kekuatan kepada identiti diri mereka dengan menyokong dan mempunyai sikap yang negatif terhadap golongan gay dan lesbian.

2.3 Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi
2.3.1 Prejudis
Prejudis ialah pendapat, atau perasaan benci terhadap sesuatu yang diasaskan daripada pengalaman. Ia juga dikenali sebagai taakulan atau prasangka buruk. Perasaan ini boleh wujud disebabkan oleh kepentingan diri supaya sesuatu yang dibenci itu terjejas, dipengaruhi oleh sesuatu dan sebagainya. Menurut Isensee (1991), prejudis ialah sikap homofobia yang wujud terus daripada perasaaan homofobia yang kita hadapi setiap hari. Penindasan yang sistematik membuatkan kita sukar untuk merasai ketenangan mengenai seksual kita semasa kita sedang membesar kerana kita percaya bahawa jika kita memilih cara hidup songsang ini, kita telah melakukan satu kesalahan yang besar dan sangat merbahaya kepada kita jika diketahui oleh semua orang.

2.3.2 Stereotaip
Stereotaip ialah satu tanggapan yang buruk mengenai seseorang atau sesuatu perkara. Tanggapan ini turut berlaku terhadap golongan homoseksual. Golongan lesbian dikatakan sangat menderita akibat diskriminasi kerana mempunyai tarikan seks mereka yang sama jenis malah mereka juga menjadi mangsa terhadap gambaran stereotaip terhadap golongan wanita dan ciri-ciri kewanitaan yang ada pada mereka begitu juga dengan golongan gay yang menerima nasib yang sama seperti golongan lesbian apabila mereka juga turut disisihkan daripada kelompok masyarakat dan ciri-ciri kelakian mereka diperlekahkan (Sargeant M. 2009).

Golongan homoseksual di dalam media juga sering kali digambarkan sebagai “sensational stereotypes”. Kisah hidup mereka jarang-jarang sekali dipaparkan di dalam media dan jika ada isu mengenai mereka di dalam media, golongan ini  pasti di “bom” dengan tohmahan dan protes oleh golongan yang mempunyai tahap homophobia yang tinggi supaya jangan diberi bantuan termasuklah periklanan (Isensee, 1991) kerana mereka dianggap tidak normal dan sangat merbahaya kepada masyarakat dan negara.



2.1.3 Diskriminasi
Apabila seseorang individu itu mempunyai perasaan homofobia ini, maka akan lahirlah sikap prejudis, stereotaip dan diskriminasi terhadap golongan yang mengamalkan cara hidup homoseksual ini. Menurut Sargeant M. (2009), diskriminasi terhadap orientasi seksual dan identiti jantina bukan sahaja berlaku kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang kepada golongan ahli baru yang menyertai kumpulan golongan itu malah turut berlaku kepada  golongan homoseksual yang sudah dewasa dan tua serta yang telah lama mengamalkannya terutamanya untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan kewangan.

Sebagai contoh yang berlaku di Amerika Syarikat di mana satu kajian yang dilakukan oleh Heaphy and Yip (2003). Di dalam kajian itu, mereka telah membuktikan bahawa diskriminasi banyak berlaku terhadap golongan ini terutamanya yang sudah dewasa dan tua. Semasa kajian itu dilakukan, mereka mendapati bahawa seorang wanita tua yang terlantar sakit di hospital tidak dilayan dengan baik dan tidak langsung disentuh oleh jururawat wanita kerana mereka mengetahui bahawa orang tua itu seorang transgender walhal dia sedang sakit tenat. Walaupun golongan lesbian dan gay yang mempunyai perasaan dan tarikan kepada golongan yang sama jantina, ini tidak bermakna bahawa mereka boleh disisihkan dan tidak dilayan sama rata seperti pesakit-pesakit yang bukan dari golongan homoseksual. 

Nama           : Siti Hajar Binti Said
No. Matrik : 19930
Fakulti        : Sains Sosial (Kajian Komunikasi)
Universiti  : Universiti Malaysia Sarawak
Tahun         : 2011