Thursday 21 July 2011

Penulisan Ilmiah Yang Saya Buat - Homoseksual (Gay & Lesbian)

Hai kawan-kawan..hari ni saya nak share ngan semua pembaca mengenai kajian yang saya buat untuk thesis saya..dapat A- je..hehe..kalau kat unimas..kami panggil Penulisan Ilmiah..yang saya post nie baru bab 1 Pengenalan..ada sambungan lagi..Tunggu!!!..tajuk kajian saya ialah  "Analisis Kandungan Berita Mengenai Isu Gay dan Lesbian di Akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro"..sekadar untuk berkongsi bersama..selamat membaca..

1.1 Pengenalan

Menurut Kertbeny (1869) di dalam Christensen, Snyder & Negy, 2003, homoseksual merujuk kepada keinginan seksual terhadap jantina yang sama. “Homo” bererti “sama” dalam bahasa Greek. Selain itu, menurut Marmor (1980) pula, mengatakan bahawa homoseksual merupakan perasaan dan minat seseorang individu terhadap seseorang individu yang lain dari golongan jantina yang sama. Oleh itu, homoseksual terbahagi kepada dua golongan yang secara umumnya digelar sebagai gay. Homoseksual lelaki biasanya digelar gay sahaja manakala homoseksual perempuan pula dikenali sebagai lesbian. Maka, mereka yang digelar sebagai gay atau lesbian dan hidup berpasangan seperti pasangan heteroseksual turut diberi gelaran baru iaitu pasangan bukan tradisional.
                                               
Golongan homoseksual juga dikatakan telah lama wujud, bahkan sejak berabad-abad tahun dahulu lagi. Namun, golongan ini juga merupakan golongan minoriti daripada populasi penduduk dunia dan mereka tidak dipedulikan sangat oleh kebanyakan orang sehinggalah kebelakangan ini. Golongan homoseksual kini mula diberi perhatian yang lebih oleh masyarakat sejagat termasuklah pemimpin-pemimpin Negara Barat seperti di bandar-bandar di Perancis, New York, Rusia dan banyak lagi. Malah turut disokong oleh ketua gereja-gereja sedunia yang baru dilantik. Hal ini kerana hak asasi manusia dan keadilan golongan homoseksual sedang diperjuangkan dengan hangatnya oleh individu-individu yang merasakan bahawa golongan tersebut turut harus dihormati dan dilayani dengan saksama.

Menurut kajian Sanfort, 1998; Wellings dan Johnson, 1994 dalam Traeen, Stiggum dan Sorensen (2002) yang dijalankan di Norway, menunjukkan populasi golongan homoseksual di bandar-bandar seperti San Fransico bertambah lebih cepat berbanding dengan penambahan populasi di sesetengah negara seperti Taiwan dan Thailand di Timur. Negara-negara Barat seperi Belgium dan Jerman, bandar-bandar besar seperti San Fransico, Perancis dan lain-lain, populasinya bukan sahaja sekadar bertambah, malah golongan minoriti ini juga telah mula melangkah setapak ke hadapan untuk menuntut hak asasi mereka agar tidak terus didiskriminasi oleh masyarakat setempat.

Tambahan pula dengan satu kajian yang turut dijalankan di Negara Norway, menunjukkan jumlah perhubungan seksual sesama jantina semakin meningkat dari tahun 1987 hingga ke tahun 1997. Jumlah tersebut telah meningkat dari 4% kepada 5% dalam kalangan kaum lelaki dan bagi kaum perempuan pula, jumlahnya telah meningkat dari 3% kepada 6% dalam tempoh sepuluh tahun sahaja. (Stignum, Trend and Magnus (2000) dalam Traeen, Stigum dan Sorensen (2002).

Sejak kebelakangan ini, pelbagai media seperti media cetak dan media elektronik banyak memaparkan isu-isu mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa di beberapa tempat di Malaysia dan lain-lain negara. Ada yang menganggap gejala ini tidaklah begitu serius dan masih lagi boleh kawal kerana golongan ini tidak ramai dan tidak membahayakan masyarakat kerana mereka bukan penjenayah. Tetapi, wajarkan gejala ini dibiarkan merebak walhal semua orang tahu bahawa gejala ini melanggar hukum alam dan kebanyakan semua agama dan kepercayaan menolak dan menganggap gejala ini adalah satu kesalahan dan berdosa disisi agama dan nilai moral manusia normal.

Isu mengenai gejala homoseksual ini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila bekas Timbalan Perdana Menteri  iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dan dituduh melakukan liwat keatas pembantu peribadinya pada tahun 1998 (Hafidz Baharom dalam Azwan Ismail & Diana Dirani, 2010). Isu ini sangat hangat diperkatakan hinggakan ke luar negara. Bermula pada kes itulah semakin hari semakin rancak isu gejala homoseksual ini dibincang dan didedahkan. Dari tahun ke tahun, isu gejala homoseksual tidak pernah habis malah semakin banyak dan merebak dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Tahun 2010 merupakan satu tempoh masa yang agak “panas” kerana terlalu banyak isu-isu mengenai gejala gay dan lesbian diperkatakan malah tahun 2010 juga banyak mencatat sejarah baru apabila golongan ini seolah-olah semakin berani menonjolkan diri mereka dalam masyarakat yang mana selama ini mereka sering disisihkan dan dihina. Sebagai contoh pada 4 Mac 2010. Tarikh ini merupakan satu tarikh terciptanya satu lagi sejarah baru di Mexico City apabila golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftar lesen perkahwinan mereka seperti pasangan-pasangan normal yang lain. Mexico City merupakan bandar pertama di Mexico dan juga di Amerika Latin yang membenarkan perkahwinan sejenis dilangsungkan (Utusan Malaysia, 2010).

Selain itu, di Malaysia juga sudah ada filem-filem mengenai gejala homoseksual mula wujud seperti filem “Chukang”, “… Dalam Botol” dan sebagainya yang mempunyai jalan cerita mengenai hubungan homoseksual terutamanya golongan gay. Belum pun ditayangkan di pawangan, sudah banyak tentangan dan tohmahan yang pihak penerbit filem ini hadapi. Filem-filem seperti ini sememangnya mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai pihak terutama sekali individu yang menentang gaya hidup ini. Malah tidak ketinggalan juga, telah wujud novel mengenai gejala homoseksual ini seperti novel yang bertajuk “Noda” yang ditulis oleh Richie Rachman mengenai kisah perjalanan hidup seorang lelaki yang terjebak dengan cara hidup songsang iaitu gay. Semakin hari semakin banyak filem dan novel-novel mengenai kisah hidup terlarang ini wujud di pasaran dan isu ini menjadi semakin hangat dan menarik perhatian masyarakat Malaysia dan dunia.

Homoseksual adalah satu cara hidup yang perlu kita terima dan percaya bahawa cara hidup ini telah lama wujud walaupun kita suka ataupun tidak (Dina Zaman, 2007). Kelompok atau golongan yang terlibat dengan cinta sesama jenis ini bukan saja tidak berasa diri mereka bersalah malah ada antaranya rasa bangga dengan ‘kelebihan’ yang kononnya mereka miliki. Apa yang perlu difahami, kecenderungan seseorang kepada homoseksual bukanlah takdir tetapi pilihan yang ditentukan oleh manusia itu sendiri. Jika ada di antara mereka yang menganggap apa yang dilakukan oleh mereka adalah satu kebebasan dan hak mereka sebagai manusia, hakikatnya ia jauh menyimpang daripada sebuah kehidupan.

Nama           : Siti Hajar Binti Said
No. Matrik : 19930
Fakulti        : Sains Sosial (Kajian Komunikasi)
Universiti  : Universiti Malaysia Sarawak
Tahun         : 2011



7 comments:

  1. hai.. boleh pos untuk bab 2 and bab 3 tak? sy perlukan ini untuk penulisan saya..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...boleh tahu bagaimana untuk dapatkan statistik berkaitan dengan jenayah homosksual ni?

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak jugak. Kalau tak keberatan kasi jer la softcopy thesis awak. Hehehe...saya tgh wat phd kat UKM. jibrail1380@hotmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Boleh tak saya nak minta izin dgn awak untuk buat penulisan ilmiah awak sebagai rujukan untuk assignment saya. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. boleh tak sya gunakan thesis awak untuk bahan ilmiah sya. tq

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. boleh x kalau sy nak lihat keseluruhan tesis awak untuk rujukan kajian ilmiah saya. Terims kasih hope awk bleh share. emel sy norsakinah.nordin@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. assalamualaiku..boleh saya lihat tesis awk beserta rujukan?terima kasih.. hani.haider@yahoo.com

    ReplyDelete